Mendidik anak, Tanggungjawab Siapa?

Di dalam membesarkan anak-anak tidak akan tersanggup dan terpikul jika cuma seorang sahaja yang melakukan tugasan harian. Lihat betul-betul tanggung-jawab yang dipikul dan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pasangan masing-masing. JANGAN membuat andaian sahaja. Bahagi tanggungjawab dan bekerjalah sebagai sebuah pasukan.

Kasih-sayang dan hormat-menghormati akan lebih menebal bila kita menghargai pasangan kita.

Jika kita membesar di dalam suasana yang hanya seorang dari pasangan itu yang memikul segala tugasan penting, berhenti meniru dan meneruskan legasi itu. Tanya diri, adakah ini cara yang terbaik untuk zaman ini? Adakah cara ini membahagiakan pasangan saya? Adakah cara ini yang Allah kehendaki dan ditunjukkan oleh Rasulullah (jika kita seorang Muslim)?

Petanda jika pasangan kita terpaksa memikul beban yang besar ialah dia akan sering marah-marah kerana keletihan, Namun, selidik dahululah kerana ramai juga yang marah-marah sebab itulah karekternya. Tak banyak melakukan tanggungjawab pun akan marah-marah dan berlagak seperti BOS. Namun, jika dia nampak sering kelesuan akibat keletihan, maka itu satu petanda dia memikul terlalu banyak tugasan. Mungkin tugasan di pejabat dan mungkin tugasan di rumah. Jika di pejabat, maka berilah dia sokongan moral dan jika di rumah, maka buatlah perbincangan dan lihat apa tugasan yang boleh diambil alih atau di adakan sistem bantuan.

Ramai diantara kita menjadi kurang prihatin dengan pasangan hidup kita kerana kita tidak terfikir dan to a certain extend taking our spouse for granted.

Love our spouse genuinely and start being a more responsible partner to him/her.

Lebih ramai pasangan yang tenang kerana rasa dihormati dan dikasihi, lebih banyak keluarga yang aman damai. Lebih banyak keluarga yang aman damai, lebih berkurangan masalah sosial. Lebih berkurangan masalah sosial, lebih selamat anak-anak dan cucu-cicit kita semua.

Semuanya bermula dari diri kita; kita mampu mengubah dunia dengan kita memastikan kita adalah contoh yang terbaik untuk anak-anak kita dan dunia.

Ibu doakan kesejahteraan sayang semua. <3

Ikuti lebih banyak perkongsian di page Ibu, www.facebook.com/familyguru

Part 2: Peranan ayah dalam mendidik anak usia 2 tahun

Sambung PERANAN AYAH dalam mendidik  ANAK DUA TAHUN…

Pada usia dua tahun atau lebih atau kurang sikit, merupakan masa yang paling mencabar ibu bapa. Seperti yang Ibu selalu katakan sebelum ini. Jika bijak ibu bapa kendalikan perangai anak-anak kecil itu semasa ini, InsyaAllah, akan lebih mudah menguruskan mereka bila sudah remaja nanti.

Tantrum yang sering ditunjukkan anak-anak kecil masa ini adalah cetusan-cetusan perasaan, rasa tidak selesa atau tak puas hati. Kadang-kadang tu, hanya sebab tak pandai makan dengan sudu pun dah boleh menyebabkan mereka mengamuk.

Kenapa?

Sebab pada usia ini dia nak buat macam orang dewasa tapi motor skil belum mahir. Itulah yang menyebabkan dia kecewa. Malah dia ingat dia dah dewasa pun. 🙂

Relaks, jangan cepat nak melenting bila dia jatuhkan sudu ke, apa ke. Kita pun jatuhkan sudu dan buat macam tak pandai makan dengan sudu juga…pasti dia terheran and tantrum terhenti…

Pada usia ini anak-anak hanya ada Attention dia belum ada Intention (niat).

Pada usia ini anak-anak tidak ada niat buat sesuatu kerana sesuatu. Contohnya, dia tidak menangis sebab nak beri ayah-mama pening! Dia tiada niat begitu pun!

Bila kita faham akan perkara ini, maka untuk menghalang anak-anak dari terus mengamuk kerana hendakkan barang atau nak menghalang anak dari pergi ke tempat yang bahaya…wujudkan sesuatu yang akan menarik perhatiannya dengan LEBIH lagi.

——
Mengapa tak elok kita marah terlebih pada mereka bila mereka show tantrum?

Sebab anak-anak kecil ni memang tak faham lagi dan bila kita marah terlebih, yang akan jadi adalah mereka menjadi lebih degil atau takut macam kura2 masukkan kepalanya. Oleh itu bila dia dah usia besar sikit, maka kedegilan yang ketara akan menjadi-jadi atau penakut dan tak confident yang teruk akan melanda anak itu…penat nak tarik dia nak belajar ke, nak buat apa-apa ke.

Jangan risau bila kita layan dengan baik anak itu tetap tantrum…bila dia nak menangis dan tantrum, kita beri dia peluang asal jangan membahayakan diri. Kita boleh duduk dekat dengannya, atau bawa dia ke tempat lain dan basahkan mukanya sambil sebut ” Ayah faham sayang letih…ni ayah dukung and peluk!”

Wahai ayah-ayah semua…gentlemen dan amazingnya anda jika anda bersabar begini…you show a higher level of leadership dan anak itu akan belajar akhlak mu 🙂

Orang akan kata…kita manjakan anak…itu orang yang tak faham mengenai perkembangan kanak-kanak! Kita tak perlu ikut kata-kata mereka. Bayangkan anak tu baru 2 tahun, kecil tu…dah nak ditengking dan dipukul bagai hanya kerana dia menangis kerana letih atau kecewa toys kena rampas ke…sepatutnya, kita bimbing dia macamana nak kendalikan frustration dia dan bukan kita pulak yang frustrated dengan anak kita yang comel tu…

Ibu mendoakan agar sayang semua akan bertambah bijak dan sabar mendidik anak-anak.

Ikuti lebih banyak perkongsian di page Ibu, www.facebook.com/familyguru

 

Apa jadi kepada anak yang sering kena marah

Soalan: Ibu, apa jadi kepada pemikiran anak yang sering dimarah?

JAWAPAN: PEMIKIRAN ANAK YANG TERLALU SERING DIMARAH AKAN BERADA DI DALAM ‘OTAK TAKUT’.

Salam Sejahtera Sayang semua, mari kita berbicara mengenai ‘OTAK TAKUT’ yang Ibu katakan tempuh hari.

‘Otak takut’ adalah nama yang Ibu olah. Oleh itu memang tak kan jumpalah dalam medical term.

Nama saintifiknya ada Reptilian Brain. Iaitu bahagian paling bawah dalam tiga lapisan otak, Triune Brain.

Bahagian ini menjaga KESELAMATAN kita. Maka jika kita rasa terancam, degupan jantung akan menjadi cepat dan kita akan FIGHT atau FLIGHT atau FREEZE.

Anak-anak yang sering dimarah akan banyak beroperasi dari sini. Sayang akan lihat, ada sesetengahnya akan FIGHT…maka jadilah dia PEMBULI…anak yang dibuli di rumah akan membuli di luar. Ianya adalah pesona yang diambil demi untuk coping ketakutan besar di dalam dirinya. Seorang anak yang membuli, bila kita kaunsel, memang nyata dia mempunyai takut yang besar dan disorok melalui pesona kononnya hebat – membuli.

Jika dia FLIGHT, maka dia akan menjauhkan diri. Akan tiada keyakinan diri. Takut bergaul dan selalu ragu dengan apa yang dia mahu lakukan.

Jika dia FREEZE, maka anda akan nampak dia sering takut dan gelabah bila perlu melakukan perkara yang baru. Atau bila berada di dalam keadaan yang baru dan berbeza.

Jangan pandang remeh JARUM SYAITAN marah berlebihan ini. Ia memang digunakan untuk menghancurkan manusia.

Ibu ingin berpesan dan maafkan Ibu jika pesan Ibu ini tajam sedikit bunyinya.

“Bagi mereka yang bangga sangat memarahi anak-anak kecil yang kudus itu berlebih-lebihan, ingatlah bahawa itu bukan cara Rasulullah s.a.w dalam mendidik anak-anak. Ia bukan sesuatu yang patut dibanggakan.

Jika melakukannya tanpa sengaja kerana belum boleh mengawal diri, maka itu tidaklah mengapa. Asalkan terus berusaha memperbaiki diri.”

Ibu mendoakan agar kita terjauh dari sikap marah-marah yang berlebihan ini dan berusaha memperbaiki diri.

Kita layak menjadi TENANG dan SABAR.

Love You!

Ikuti lebih banyak perkongsian di page Ibu, www.facebook.com/familyguru

Tips hantar anak pergi ke sekolah buat kali pertama!

 

Awal tahun 2017 ini, pasti ramai ibu bapa yang pertama kali hantar anak pergi sekolah!

Alam persekolahan merupakan Alam Membentuk Karekter jaya anak-anak kita. Kini mereka perlu melalui hidup mereka tanpa kita di sebelah.

Ada anak-anak yang mudah independent. Bagus! Ada yang payah sikit. Sabar! Ada yang sangat susah nak lepaskan kita. Sabar dan mesti ada strategi!

=================================

Ibu nak share tips hantar anak ke sekolah kali pertama.

Satu kunci yang boleh diambil yang akan memberi shift yang banyak terhadap kes 2 dan 3 adalah perkenalkan mereka dengan kawan-kawan dan terutamannya guru mereka.

Untuk sehari dua atau jika sekolah beri dan anda ada masa, ambillah seminggu untuk menemaninya. Apa yang anak itu perlu adalah rasa selamat. Supaya anda dapat elakkan dia dari merasakan separation anxiety.

Dan setiap malam programkan ke minda bawah sedarnya agar dia jadi berani, mudah berkawan, enjoy school and independent dari anda.

Dan KUNCI PALING BESAR….ready nak tahu?

======================================

Anda kena bersedia melepaskan dia sepenuhnya!

Jika anda masih lagi memegang tali emosi itu…dia akan rasa dan dia akan pegang sama!

Let go and let God! Bersedia melepaskan agar Allah mengizinkan orang lain menjaga dia sama ia itu para gurunya.

Dan dia untuk boleh hidup untuk beberapa jam itu tanpa risau anda 🙂

Semoga Allah memudahkan anda!

Ikuti lebih banyak perkongsian di page Ibu, www.facebook.com/familyguru

Apa sebab anak pertama cemburu kehadiran adik baru

 

KENAPA ANAK PERTAMA JELES BERLEBIHAN KEPADA ADIK BARU?

Pernah hadapi situasi bila dapat anak baru, anak pertama atau yang lebih tua cemburu kehadiran adik baru.

Jeles adalah perasaan dan ia datang dari hati yang kurang tenteram.

Kenapa tak tenteram?

Sebab anak tak pasti dia dikasihi tak? Dia cukup tak untuk ibu bapanya? Dia okay tak?

Bagaimana perasaan ini wujud?

Ia wujud kerana banyak sebab diantaranya:-

1) Layanan yang berubah dan tidak ada persediaan dari segi memberitahu bagaimana keadaannya bila ada adik. Walaupun adik tu dah besar, selagi akarnya tidak dicabut, pokok jeles itu akan tumbuh terus-menerus dan jika dibajakan dengan perbandingan, apa lagi, lagi subur jadinya.

2) Perhatian sudah beralih kepada adik. Jadi dia tu bagaimana?
Salah seorang dpd mama atau papa kenalah beri lebih sikit perhatian kpd si abang atau kakak tu…dan setiap kali melayan, ingatkan betapa dia penting dan layan tak sama sebab dia dah besar, tak perlu layan macam adik tapi perhatian tetap diberi dgn cara lain.
Sebab ada anak yang bila dapat adik, mula nak jadi baby balik, menyusu balik, nak pakai lamping semula.

3) Dia rasa kurang dari orang yang dia jeles itu. Oleh itu check balik, apa yang menyebabkan dia rasa kurang. Kakak lebih cantik ke dan orang asyik puji kakak, and vice-versa. Atau dia lebih selalu dimarah ke kerana dia lebih aktif.

Ikuti lebih banyak perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru