3 PERKARA KURANGKAN STRES DALAM PARENTING

Ramai sangat paraibu hari ini yang menanggung stress yang amat di dalam kehidupan mereka, terutama dalam mendidik anak-anak. Mana tidaknya, banyak tanggung-jawab yang terletak di atas bahu mereka. Dunia pula bergerak pantas dan kepantasan dunia bergerak menyebabkan perubahan juga amat cepat.

ANDA SAYANG ANAK-ANDA BUKAN? 

Anda tahu mereka itu perlu dibesarkan dengan penuh kasih-anda dan disiplin, bukan?

Namun, dalam anda berjaga-jaga itu, dan dalam tahu akan perkara tadi, anda tetap senang hilang sabar dan tidak dapat mengawal marah. Akhirnya, marah berlebihan dan kemudian menangis menyesal. Dan ini menambah STRES dalam diri anda terhadap parenting anda.

Mulalah anda memikirkan, PEMIKIRAN RACUN ini…  “ I must be a bad mum! ”

“Tengok orang tu boleh jer sabar. Tenang jer bercakap dengan anak-anak mereka. Anak mereka pula senang jer nak dengar cakap!”

Jangan bersedih dan memukul diri dengan pemikiran racun ini. Cukup sekadar dia terkeluar untuk menimbulkan kesedaran di dalam diri anda untuk MEMPERBAIKI DIRI agar tidak lagi stress.

 

Mari sini Ibu belai  anda. Ibu faham perasaan mu anda.

I was there, and I know!

 So let Ibu share sikit, 3 petua agar  anda boleh kurangkan marah tanpa kawalan dan anda KURANG STRES.

Nak?

Teruskan membaca.

1.EXPECT THE UNEXPECTED 

Menerima hakikat bahawa dalam mendidik anak-anak, banyak kalanya apa yang anda telah susun dan expect untuk jadi, tidak menjadi malah akan menjadi lain.

Contohnya, anda telah susun supaya anak bangun pagi pukul 6 pagi untuk bersiap ke sekolah. Tapi bila dibangunkan, dia bangun tapi bila nak siapkan tu, Ya Allah macam batu! Diberatkan badan, di kakukan anggota, dan menungnya mengalahkan ikan termenung!

Siapa tak stress kan?

Tapi jika anda dah tahu fe’el anak anda demikian, maka anda akan gunakan TEKTIK pro-aktif.

Iaitu programkan minda dia semasa dia tidur.

Bisikan kepadanya betapa senangnya dia bangun dan bersiap untuk ke sekolah dsb. Macamane tu…InsyaAllah Ibu akan ajar special di dalam LIVE atau video Ibu.

 

 2. TINGKATKAN KEMAHIRAN anda di dalam perkara yang penting di dalam menguruskan tugasan anda.

Contoh anak payah nak mendengar kata. Ini bermaksud anda tak pandai nak influent.

Anda hanya guna senjata naikkan suara. Kan stress kalau hidup kena begini sahaja jadinya? Jom ubah!

Anda perlu belajar ilmu mempengaruhi, anda perlu belajar ilmu berkomunikasi.

Ketahuilah, anak-anak ni senang mendengar kata, jika anda faham SWITCH mana yang nak ditekan. Bila malas UPGRADE diri, maka padahnya, anda akan STRES senantiasalah! So, JOM TINGKATKAN ILMU, SKIL dan POSITIFKAN SIKAP, segera. 

 

3. MEMAAFKAN DIRI BILA TERSILAP dan BERSANGKA BAIK terhadap diri

…Oh yang ini memang ramai tak pernah buat dan tak selesa melakukan!

Maklumlah dah tebal dalam hidup ini sikap MEMUKUL DIRI SENDIRI bila melakukan kesilapan.

Kesan sikap ini ada TIGA.

PERTAMA, diri semakin menjadi tidak berdaya untuk improve!

KEDUA, disebabkan payahnya nak improve, maka escape mechanism diri agar terus boleh tegak berdiri adalah MENIDAKKAN, in denial of kelemahan diri, maka mula mengatakan semua ini salah orang lain terutamanya anak yang tak berdosa itu.

KETIGA, terus hilang kawal diri sampai bila-bila kerana satu kepercayaan baru timbul, anak itu memang perlu dimarah begitu baru tahu nak dengar cakap. Memang anak itu bermasalah!!!

Jangan sayang Ibu, jangan jadi sampai kronik begini. Belajar memaafkan diri dan seterusnya berazam membetulkan kesilapan. Fahamilah sebelum anda bergerak maju, anda perlu mengaku anda tersilap dan memaafkan diri kerana tersilap.

 

“UNFORGIVENESS TO SELF IS LIKE DRINKING A POISON. YOUR SOUL WILL DIE”

 

Imagine your parenting without soul you are like a zombie! STRESSFUL ZOMBIE! 

 

Semoga 3 Idea ini membantu anda untuk dapat mengurangkan stress dalam parenting anda. Malah anda akan jadi lebih seronok dan bahagia dalam mendidik anak-anak.

 

Ada satu lagi point penting yang Ibu nak share mengenai Kurangkan stress dalam parenting ini. Iaitu MENDAPATKAN KEKUATAN DALAMAN DIRI ANDA. Dan untuk share dengan anda perkara ini, Ibu tak boleh sekadar tulis. Ibu perlu tunjukkan dan bawak anda ke dalam diri anda.

Jika anda bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya, boleh set appointment SuccessParentCoach bersama Ibu . Hubungi  03- 61439727 untuk kami bantu.

Ibu juga baru melancarkan Ebook Terbaik di bawah harga pasaran.

EBOOK 6 RAHSIA ANAK DIDIK ANAK CEMERLANG, BERJAYA DAN BERJASA.
www.iburose.com/anakcemerlang

 

 

Mendidik Menggunakan Permissive Dan Neglectful Parenting Akan Mendidik ‘Sifat Kehaiwanan’ Anak?

KENAPA KITA TAK ELOK JADI PERMISSIVE atau NEGLECTFUL PARENTS…

Haiwan datang ke dunia ini dengan coding mereka untuk menjadi haiwan itu…contohnya itik tidak pernah confuse menjadi ayam atau kucing…itik tetap menjadi itik dan akan pandai berenang walaupun ia dijaga oleh emak ayam.

Namun, pernah wujud anak-anak manusia yang hilang di hutan dan hidup bersama haiwan lalu beroperasi seperti haiwan juga.
Kerana tiada input dari manusia.

Di dalam diri manusia memang ada bahagian ‘haiwan’ biasa. Contohnya, lapar, maka kita makan, rasa tidak selamat, maka kita akan mencari perlindungan, tergugat, kita lari atau melawan atau freeze, keperluan untuk membiak…dan banyak lagi…

Oleh itu kita lihat, bila anak-anak tidak diberi input, dididik dengan bijak dan sabar, dan nilai-nilai murni ditunjukkan dan dihayati, maka apa yang keluar adalah sifat kehaiwanannya.

Contohnya, Bila anak sudah 4 tahun bergaduh, tidak dileraikan dan ajar bagaimana untuk mengendalikan perasaan masing-masing…dan diberi input dan dididik untuk bertolak-ansur…maka anak itu akan bertindak dengan perasaan paling dominan dalam dirinya semasa itu, iaitu geram dan marah…kemudian apa yang terjadi? Ya, bergaduh sehingga boleh bertumbuk dan sebagainya.

Tak bolehlah semua nak biarkan anak itu memahami sendiri…anak itu perlu tunjuk ajar yang tidak melunturkan harga dan hormati diri merkea.

Baca post Ibu sebelum ini mengenai maksud Permissive dan Neglectful Parenting untuk memahami lebih mendalam.

Kita sambung lagi ya…

3 Jenis Gaya Parenting Penting Untuk Anda Fahami. Supaya Anak Tidak Menjadi ‘Tuan’ Kepada Ibu Bapa

RAMAI IBU BAPA TANPA NIAT SEDANG MENDIDIK ANAK-ANAK MEREKA MENJADI ‘TUAN’ KEPADA MEREKA!!!

Bukan senang untuk Ibu berkongsi pemerhatian Ibu ini. Namun, sebagai seorang yang faham akan Perkembangan Kanak-kanak, Psikologi Manusia dan Self-Actualisation Psychology.

Kenapa Ibu katakan perkara tadi.

Kerana 3 GAYA PARENTING ini yang SELALU SANGAT ibu bapa guna.

 

1- PERMISSIVE PARENTING

Ikut semua kehendak anak-anak kerana terlalu memanjakan. TAKUT anak tak sayang! TAKUT anak merajuk! TAKUT anak rasa tidak dikasih! Takut itu dan ini…ibu bapa seperti tiada tulang belakang dan anak tiada kawalan.
Contoh yang sering kita cakapkan adalah, ” Anakku Sazali”.

Menjadi TUAN yang hanya pandai menyuruh-sarah, Tiada belas kasihan terhadap kesusahan orang lain, kerana dia sendiri tidak pernah berasa susah.

 

2- NEGLECTFUL PARENTING

TIDAK KISAH LANGSUNG! Anak dibiar dan tidak dipantau. Tugas mendidik diberikan kepada orang lain dengan BERLEPAS TANGAN. Anak-anak merasakan tidak dihiraukan dan dikasihi. EMOSI anak terluka…ADAKAH AKU WUJUD DI HATI IBU BAPA KU?

Perkara ini boleh terjadi didalam perhubungan suami isteri. Dimana hanya seorang sahaja yang memikirkan, melaksanakan keibubapaan dan menjalin perhubungan dengan anak-anak. Yang seorang itu sambil lewa, tidak mengendahkan, bila diminta menjaga anak-anak, lebih menumpukan kepada games di dalam handphone, atau aktiviti sendiri contohnya…anak-anak terabai.

TUAN, yang dibentuk…hasil dari perasaan dendam kerana diabaikan. Maka abaikanlah saja tanggung-jawab kepada ibu bapa.

 

3- DOMINANT PARENTING

AKU BETUL, KAMU SALAH! Anak-anak tidak boleh bersuara atau memberi pendapat. Cara ibu/bapa sahaja yang betul. Kesalahan dan kesilapan akan dihukum tanpa soal-siasat dan tidak mengira umur.

Perasaan anak-anak tertekan. Anak hilang keyakinan diri atau menjadi pemberontak. Bila badan sudah besar, menjadi TUAN yang tiada belas kasihan. Kasar cara didikan, KASARlah cara anak itu berinteraksi dengan ibu bapa.

Ya, tidak semua anak-anak akan jadi sebegini. Namun, ramai yang akan menjadi begini.

Yang tidak jadi TUAN kepada ibu bapa mereka, adalah anak-anak yang belajar memaafkan kesilapan ibu bapa dan BERUSAHA mengubat sakit semalam dan MENGUTAMAkan KASIH sejati mereka dan perasaan kesyukuran mereka terhadap pengorbanan besar atau kecil ibu bapa.

Walaupun demikian halnya…bukankah lebih senang kita sebagai ibu bapa yang bertanggung-jawab bereusaha mengelakkan keberangkalian buruk tadi…

Bagaimana…jadilah ibu bapa yang mempraktikan LOVING & FIRM parenting. Nanti kita bincang yang ini pula ya dan kenapa ia melahirkan anak-anak yang berjasa kepada ibu bapa dan dunia.

Part 1: Peranan Ayah Dalam Keluarga – Mendidik Anak Dua Tahun

PERANAN AYAH DALAM KELUARGA – MENDIDIK ANAK DUA TAHUN..!

Semasa bersembang dengan beberapa ayah muda tempuh hari, seorang itu amat terkejut bila Ibu mengatakan anak-anak berusia 2 tahun memang akan tidak mendengar cakap. Malah sering mengatakan NO, atau yang sewaktu dengannya.

Dia agak terkejut kerana selama hari ini dia menyangkakan anaknya yang dulu baik dan mendengar kata, sudah mula degil dan macam biadap pun ada katanya.

Ibu katakan kepadanya, “Tak, itu bukan degil ke biadap dan buruk akhlak. Anak itu sedang melalui fasa Individuating…iaitu fasa yang menegapkan kewujudannya. Fasa dimana dia mahu menyatakan dia juga punyai hak memilih. Fasa ini perlu dikendalikan dengan baik, jika tidak ianya akan memberi kesan buruk bila anak itu besar nanti”

Nampak bulat mata si ayah-ayah tu. Soalannya yang seterusnya pula; ” sampai bila fasa ni Ibu?” Ibu menerangkan bahawa fasa ini boleh jadi sekejap jer iaitu hingga anak 3 tahun jika ibu bapa dan orang yang mendidiknya bijak mengendalikan fasa ini dengan baik.

Jangan cepat melabel anak itu dengan label yang buruk sebab itu akan membawa kepada identiti diri anak itu dan pada usia 3 tahun, anak itu akan mengambil identiti yang sering diulang terhadap dirinya. Contoh, ‘budak degil, hiperaktif, jahat, nakal dan segala yang sewaktu dengan itu!

“Tak boleh marah ke Ibu?” tanyanya lagi…”marah berpatutanlah jika perlu sangat…tapi perlu faham anak pada usia ini belum faham pun.

Jika ada benda bahaya ambil sahaja dia dari situ dan tunjukkan benda yang selamat. Jika dia meronta, pegang jer dan sooth him…jangan kita pulak sama nak naik berang. Memang anak pada usia akan menangis bila disekat anginnya. So, just expect that without thinking anak itu degil atau anda ayah atau ibu yang bodoh.

It is just a phase…so chill a little bit 🙂 <3

“Zaman dulu mak ayah tak pun sibuk akan fasa ni? Ada juga yang berkata begitu.” sambungnya lagi. Jawapan Ibu, “siapa kata?”
“Sayang ingat ke macamana sabar emak ayah kamu mendidik? Mungkin ingat sikit-sikit ayah dukung atas bahu bawak pergi tengok burung, buah etc…itu bukankah cara si ayah mengalihkan pandangan supaya sayang tak menunjukkan tantrum…emak ayah dulu pun tahu dan ramai diantara mereka sangat sabar…mereka sering berkata…ala budak…kan? ada jugalah yang tak tahu dan tak sabar…itulah yang anak-anak mereka kemudiannya ada masalah emosi sikit dan mungkin banyak… nak pilih contoh yang mana?” tanya Ibu kepada yang bertanya tadi.

Termenung jugalah para ayah muda yang prihatin tu…kata-kata akhir seorang tu…”Eh, banyak kena tahu ni….besar tanggung-jawab ni.” ” Nanti Ibu cerita lagi boleh?” Ibu menganguk bersyukur.
Ibu senyum bersyukur dalam hati Ibu mendoakan mereka. Inilah contoh para Ayah yang senantiasa mahu memperbaiki diri demi kesejahteraan anak-anak dan isteri dan mereka ini tahu peranan besar mereka mendidik dan membentuk Ummah.

Ikuti lebih banyak perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru

Allah Itu Maha Satu – Nasyid

Lirik Allah itu Maha Satu

Allah itu Maha Satu dan Maha Pencipta
Dia tiada ibu bapa Tiada anak juga
Alla itu satu saja Tidak dua tiga
Allah itu Maha Kaya dan Maha Berkuasa

Parenting Bijak Online – Part II

Pernahkah anda bertanyakan, “Kenapa anak-anak zaman sekarang mudah MENGAMUK dan seringkali PUTUS ASA sekiranya mereka tidak dapat melakukan apa yang diingini.

Mungkinkah sekiranya anda dapat memahami perkara ini dengan lebih mendalam dapat membantu anda untuk membesarkan anak-anak dalam suasana yang lebih positif sekaligus mengelakkan tabiat yang kurang produktif.

Di dalam video ini Ibu Rose berkongsikan cara-cara praktikal yang boleh dilakukan ibu bapa bagi dalam mendidik anak-anak dan menjadi PARENTING BIJAK.

– Dr. Rozieta Shaary FB Fanpage –
www.facebook.com/familyguru

Parenting Bijak Online – Part I

Pernahkah anda bertanyakan, “Kenapa anak-anak zaman sekarang mudah MENGAMUK dan seringkali PUTUS ASA sekiranya mereka tidak dapat melakukan apa yang diingini.

Mungkinkah sekiranya anda dapat memahami perkara ini dengan lebih mendalam dapat membantu anda untuk membesarkan anak-anak dalam suasana yang lebih positif sekaligus mengelakkan tabiat yang kurang produktif.

Di dalam video ini Ibu Rose berkongsikan cara-cara praktikal yang boleh dilakukan ibu bapa bagi dalam mendidik anak-anak dan menjadi PARENTING BIJAK.

– Dr. Rozieta Shaary FB Fanpage –
www.facebook.com/familyguru

Teknik Jadi Ibu Bapa Proaktif Untuk Membantu Perkembangan Anak-anak

Contoh cara jadi ibu bapa PROAKTIF

1. Jika tidak mahu anak-anak merosakkan hiasan rumah, maka letaklah hiasan itu di tempat yang anak-anak itu tidak sampai dan tak nampak jika boleh.

2. Jika takut anak-anak bermain dengan benda yang bahaya, hias rumah tanpa ada benda yang bahaya di merata tempat.

Itulah maksudnya menjadi pro-aktif.

Kenapa?

Jika anak-anak terlalu kerap dilarang dengan kasar, maka kemahuan untuk berjaya- ‘Achievement Drive’ anak itu akan terbantut.

Jika anak-anak tiada ‘ruang’ untuk mencuba, maka anak-anak tidak boleh mengetahui kemampuan mereka sejauh mana.

Oleh itu dalam mencorak peribadi dan karekter anak-anak, jadilah pro-aktif bagaimana untuk dapat memberi ‘ruang’ untuk mereka mencuba dan dapat mengelak daripada terlampau kerap perlu melarang mereka.

Semoga Tuhan memudahkan usaha kita untuk mendidik anugerah yang menjadi amanah kita ini. <3

Ikuti lebih banyak perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru

Pesanan Ibu Rose Untuk Ibu yang Berkerjaya


  UNTUK PARA IBU BERKERJA DI LUAR

Sayang,

Balik kerja, inilah masa untuk bersama anak-anak yang dikasihi.
Raikan masa ini dan ajak anak-anak bersyukur dipertemukan sekali lagi dalam keadaan gembira dan bersyukur kepada Allah.

Ia memerlukan disiplin diri dan hati untuk menjaga kata-kata dan mengawal keadaan diri “state’. Lepas kerja sebelum bersama anak-anak tarik nafas dan fokuskan niat untuk menjalankan hari ini hingga ke esok dengan penuh kesejahteraan.

Kadang-kadang ibu bekerja perlu membeli makanan untuk menjimatkan masa agar boleh bersama anak-anak. Tak mengapa, ia tidak kurang pengorbanan seorang ibu yang membeli makanan berbanding dengan seorang ibu yang masak sendiri.

Yang penting ialah kita sangat ikhlas dan prioriti apa yang kita perlu buat.

Dan yang penting, ambil masa untuk duduk bersama anak-anak dengan sepenuh hati walaupun hanya dapat 30 minit. Namun 30 minit yang berkualiti.

Allah tahu perjuangan mu wahai para ibu yang bekerja di luar.

Kamu perlu kuat semangat. <3

Komen di sini apakah cabaran yang nda lalui sebagai ibu yang bekerja di luar.

Lepas ini untuk para ibu sepenuh masa di rumah pula ya…

Semua kita penting. Setiap tugas kita penting.

Ikuti lebih banyak perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru

Langkah-langkah Didik Anak Berakhlak Mulia

Semasa anak masih di dalam kandungan

Begini, sejak anak itu masih di dalam kandungan, kita sudah memberi input mengenai pentingnya berakhlak mulia, apa itu akhlak mulia dsbnya.

Selepas Lahir

Bila dia sudah lahir, kita teruskan memasukkan ke dalam mindanya akan bagaimana perbuatan yang baik itu dan kenapa. Siapa contohnya dsb. Kita nyanyikan dan dodoikan dia dengan lagu-lagu yang bersenikata yang membina akhlaknya.

Bila dia sudah boleh tengok buku, kita bacakan kepadanya cerita-cerita yang memberi contoh perbuatan yang baik untuk diikut dan apakah yang tidak baik untuk diikut.

Anak 2 Tahun

Maka setelah dia mula menunjukkan kemahuan sendiri (2 Tahun) kita kuatkan lagi input itu dan ingatkan dia akan nasyid, buku dan semua cerita yang kita bacakan dulu untuk reinforce.

Namun pada usia ini dia belum boleh memikirkan kesan natijah. Jadi walaupun sayang mengingatkan dia, dia tetap dengan kemahuannya.

It is ok…ianya proses.

 

Masuk Fasa 3 Tahun atau 4 Tahun

Masuk 3 tahun atau 4 tahun, masa itu tekankan contoh-contoh yang telah diberi dan puji perbuatan yang baik dan mula memberi amaran jika melakukan perbuatan yang salah. Contohnya, memukul orang, bercakap kasar dsbnya.

Pada masa ini anak perlu diberi faham setiap perbuatannya ada kesan dan natijah dan dia perlu mula menggunakan kepintarannya untuk memikirkan kesan yang dia mahu…namun ingat pada usia 4 tahun itu, dia masih macam orang bawak kereta lesen L. Oleh itu bila buat Time Out tu berpada-padalah.

Jika sayang sudah memberi anak-anak garis panduan untuk berkelakuan, sebab dan musabab serta cara dan contohnya sayang sendiri dan orang-orang sekeliling adalah teladannya, maka anak pada usia 5 tahun, tidak akan membaling barang jika marah, sepak bila tak dapat apa yang dikehendaki atau menggunakan kata-kata kesat. Jika dia melakukan juga, anda perlu tegas dan memberi dia hukuman supaya dia tahu perangai itu tidak baik dan dia belajar berperangai dengan akhlak terpuji.