Beware dan Be Aware Ancaman Pornografi Kepada Anak-anak

Salam Sejahtera Sayang Semua,

Bila mendidik anak-anak, kita tak cari tips, kita cari ilmu, skil keibubapan yang boleh memperbaiki sikap dan cara kita mendidik dan membesarkan anak-anak.

Tips adalah kalau kita nak masak kek atau makanan.

Kenapa? Kerana bila kita tidak faham fundamental, tips tidak akan mendatangkan apa-apa kesan yang baik.

Jangan ambil ringan mencari ilmu dan mendidik diri dalam menjadi ibu atau bapa yang terbaik untuk anak-anak sayang semua.

Kita nak mendidik dan membesarkan seorang individu menjadi insan kamil, takkan cukup dengan tips sahaja. Ilmu sangat penting dan skil juga penting. Dan yang paling penting adalah SIKAP.

Bagaimana tu?

Sikap yang paling mendatangkan menafaat adalah sikap senantiasa mahu upgrade diri.

Bila kita hendak bijak di dalam mendidik dan membina jiwa anak-anak, perlu sangat untuk kita faham bahawa bukan ilmu parenting sahaja yang kita perlu cari. Kita perlu cari juga ilmu yang boleh Upgrade diri kita.

Anak-anak zaman sekarang sangat bijak. Jika ibu bapa hanya berharapkan ilmu yang ada sekarang, akan sampai masanya sayang rasa tercungap nak menangani cabaran yang mendatang.

Satu cabaran yang sedang melanda anak-anak di sekolah sekarang adalah pornografi. Sekecil usia 8 tahun anak-anak ini telah didedahkan kepada video lucah ini oleh kawan-kawan. Fahamilah wahai sayang Ibu semua, ini datangnya dari a big master plan yang mahu menghancurkan anak-anak kita terutamanya yang lelaki.

Be Aware and Beware!

ROTANLAH ANAK SUPAYA MEREKA TAKUT DENGAN KITA DAN TAK JAHAT?????

ROTANLAH ANAK SUPAYA MEREKA TAKUT DENGAN KITA DAN TAK JAHAT?????

Bila kita sayangkan anak bukan bermaksud kita tak boleh marah dan menghukum. Ingat!

Jika kita nak disiplinkan anak juga tidak bermaksud kita perlu merotan atau memukul dengan batang paip atau tali pinggang! INGAT ini juga!

Selalu sangat dikaitkan disiplin dengan merotan dan memukul!

Kasih-sayang pula dikaitkan dengan membiarkan sahaja anak-anak itu melakukan apa yang dia mahu dan dimanjakan.

Betul ke cara berfikir ni?

Stop sekejap!

Dari mana kita dapat kefahaman ini?

Siapa kata kalau sayang tu tak boleh gentik, tegur, hukum?

Siapa juga kata kalau nak disiplin dan jadikan anak baik mendengar kata mesti dirotan, dipukul dengan batang paip, hanger bagai???? dan bangga bila melakukannya?

Siapa kata penjenayah dan mereka yang dalam jail tu, mak ayah mereka tak pernah rotan mereka? Dan mereka tu semua Anak ku Sazali? Macamana kefahaman ini menular dan diizinkan masuk ke minda anda? Jika dah masuklah!

Dari mana kita dapat kefahaman bahawa nak didik anak biar dia TAKUT dengan kita? Baru dia dengar cakap? Dah tu bila dia dah lebih besar dan dah tak takut, macamana?

Rasa-rasanya dia nak dengar cakap anda yang dah lagi kecil dan lemah dari dia? Kes yang sepak terajang mak ayah bila mereka dan tua tu adakah anak-anak yang tak pernah di marah dan dirotan sahaja? Fikir dan fikir betul-betul!

Ni apa kesnya nak kaitkan anak-anak yang menerima kemalangan tragis di Johor itu dengan tidak dirotan?

Sudahkah kajian dilakukan bagaimana mereka dididik oleh ibu bapa mereka?

Mengapa begitu cepat membuat andaian mereka ini tidak dirotan oleh itu tidak takut keluar malam? Jangan cepat membuat andaian sebelum kajian dibuat. Kita tidak tahu hal sebenar!

Ya, Ibu setuju ramai ibu bapa zaman dahulu lebih bijak mendisiplinkan anak-anak. Tapi magic weapon mereka bukan rotan dan batang paip. Faham betul-betul. Ya, mungkin mereka ada merotan tapi tengok yang lain yang mereka lakukan juga.

Cuba duduk diam-diam dan fikir balik, apakah perkara betul yang mak ayah kita buat dahulu yang menyebabkan kita hormat dan sedikit kuatir mengecilkan hati mereka?

Bagi Ibu yang tidak pernah dibesarkan dengan rotan ni…apa yang ketara bagi Ibu adalah kepimpinan mereka. Kebolehan mereka mendisiplinkan anak tanpa mengikut marah hati.

Didikan agama dan nilai-nilai murni yang disemaikan. Contoh teladan yang baik ditunjukkan dan doa ikhlas diucapkan dan senantiasa memantau dan memimpin sehinggakan bila berjauhan di asrama dan luar negeri pun terasa bagaikan tangan ini terpimpin oleh mereka.

Selain itu yang juga sangat besar, mereka berjaya menghidupkan kasih dan hormat yang besar sehinggakan mahu berkorban untuk mereka.

Bila melakukan kesalahan, nasihat diberikan dengan penuh hormat dan kasih-sayang. Degil juga, hukuman diberi dengan penuh kasih sayang tanpa membiarkan kemarahan berlebihan mengawal emosi semasa menghukum. Yang dirasai, adalah kasih-sayang mereka dan tidak mahunya mereka melihat anak-anak mereka terus lemas dalam kealpaan diri.

Ibu bapa ini pula ambil berat sakit demam. Ambil masa untuk membelai anak-anak. Tidaklah asyik kata sibuk tapi belek telefon tidak berhenti! handfon pun tak de masa tu 🙂 . Kalaunak dijadikan alasanlah.

Anak-anak nampak betapa bersusah payahnya mak ayah mencari rezeki, duit tak ada, tapi dicari juga untuk membeli baju raya untuk anak-anak sedang baju sendiri pun tidak berganti bertahun-tahun. Mana tak timbul belas di dalam diri anak-anak.

Kecil-kecil lagi anak-anak dilatih melakukan kerja yang besar. Membanting padi, bercucuk tanam, angkat benda berat yang termampu. Angkut air dari perigi, jaga adik-adik kecil. Bersihkan rumah dan laman dan macam-macam lagi! dari kecil dididik menggalas tanggung-jawab. Mana hati anak tak faham kesusahan mak ayah dan timbul belas kepada mereka.

Nah, semua ini diwujudkan tanpa sebarang sebat terkena di kaki atau di mana-mana bahagian badan ini sehingga berbirat!

Ramai jer sebenar ibu bapa zaman dahulu yang tak merotan anak-anak mereka dan anak-anak mereka berjaya besar dan hormat kepada mereka. Jiwa anak bebas untuk berjaya besar mengharumkan nama mak ayah! Tapi ini tidak dibuat liputan kan? Ini tidak disebarkan! Cubalah fikirkan kenapa?

Janganlah memberi kuasa yang terlebih kepada rotan dan batang paip dan semua yang sewaktu dengannya!

Jangan juga memberi excuse tambahan kepada mereka yang memang suka merotan, memukul dan menempeleng anak ini untuk kepuasan nafsu mereka! Konon takut anak tak jadi manusia. Yang menempeleng, meroton, memukul ikut nafsu tu manusia ke? Nafsu manusia?

Fahamkan betul cara Nabi s.a.w bagi yang Muslim. Anak dah 10 tahun meninggalkan solat dengan sengaja setelah dididik dengan baik, setelah diberi amaran baru diizinkan untuk merotan dan TANPA birat ya! Bukan berbirat!

Yang merotan, menempeleng dan menyepang anak sekecil 2 -3 tahun tu kenapa? dan bangga pulak tu? Ikut sunnah Nabi konon? Buat mencemarkan agama Islam sahaja!

Berhentilah mempromo parenting ganas!!!

Gunalah rotan itu dan hukuman itu dengan wajar, dengan berpada. Marahlah dengan emosi kasih bila perlu untuk membetulkan anak. Tak salah rotan bagi umur yang telah lebih 10 tahun dan kerana kesalahan yang memang berat. Tapi didiklah dari kecil dengan nilai murni, boundaries, akhlak mulia, perkenalkan yang baik dan yang buruk itu apa. Umur 7 tahun, anak dah ada kapsiti mengenal baik dari buruk.

Ibu benar berharap sangat agar kita faham bahawa mendidik anak-anak untuk lebih berkesan adalah dengan Kasih sayang dan ketegsan. Bukan kasih sayang tapi ketegasan.

Bukan TAPI tau, DAN. Kerana kasih-sayang datang dengan ketegasan. Ia datang dengan rules, boundaries, contoh yang boleh diikuti, wawasan, forgiveness, kesabaran, membebaskan kehebatan dan keyakinan anak itu mampu berjaya!

Ibu tinggalkan pesan Ibu ini dengan sebuah kata-kata perbualan Ibu dengan beberapa orang bekas banduan yang Ibu berpeluang berjumpa beberapa tahun lepas. Mereka menangis kepada Ibu dan membuka cerita mereka.

” Ibu kami tersalah langkah dalam hidup. Ibu kami tidak pernah kenal kasih-sayang semasa kami membesar. Tiada siapa yang sayang kami. Kami sering dipukul rotan dan diherdik. Kami benci diri dan benci orang lain…kami tak tahu di dunia ini ada kasih sayang! dan selama hari dulu, itulah yang kami perlukan…kami tercari-cari. Kami perlu kasih-sayang dan tunjuk ajar! ”

Jangan hanya ingat rotan itu menjadikan sesaorang itu manusia. Ia juga boleh menjadikan sesaorang itu ‘haiwan ganas’!

Rotan adalah alat. Jika digunakan dengan betul, maka ia akan membentuk hati dan jiwa.

Digunakan dengan salah, ia akan merantai dan meruntun hati dan jiwa. Dan berjalanlah orang itu dengan luka yang berdarah!
Janganlah menjadikan diri penyebab dunia ini terbakar dengan kebencian dan kemarahan hasil dendam kesumat.

Ibu mendoakan agar kita diberi Allah kebijaksanaan mengenal strategi syaitan dan Iblis yang mahu menghancurkan cucu-cicit Adam a.s. Semoga mata hati kita senantiasa terbuka untuk menerima petunjuk dari Allah.

Dan kita sentiasa ingat anak-anak kita hari ini adalah sumber manusia hari esok. Mereka perlu dididik dengan bijak dan sabar. Oleh itu kita mesti UPGRADE diri kita supaya kita boleh mendidik mereka dengan lebih berkesan. Ini sebuah tanggung-jawab yang besar.

Salam Kasih,
Ibu Rose-Mesejnay Kasih
www.facebook.com/familyguru

Apa Nak Buat Bila Anak Suka Bertanya Itulah..Inilah…..

BILA ANAK SUKA BERTANYA ITULAH INILAH…

Pada usia 3 tahun keatas, anak-anak  suka bertanya. Jangan malas menjawab dan jangan mengeluh menjawab. Inilah masa anak mahukan informasi.

 

Bertanya itu adalah cara anak cuba memahami dunia ini. Jika ibu bapa, para guru dan datuk nenek marah mereka bertanya, maka apa yang terjadi anak-anak itu membesar dengan perasaan ingin tahu yang telah mati atau yang mengarah kepada perkara yang kurang baik.

Layankan sahaja. Jika penat menjawab dan soalan yang sama ditanya berkali-kali, gunakan tektik ini…” Hmmm…tadi mama ada jawab, mama nak tengok sayang ingat lagi tak jawapan mama..” buat ia secara happy dan santai dan bukan secara marah macam ni; ” kan mama dah jawab tadi…asyik tanya-tanya jer, ingatlah bila mama jawab tu.”

Kalau tidak tahu jawapannya, beritahu ‘belum tahu’ lagi bukan ‘tak tahu!’ dan ajak anak itu mencari jawapannya melalui Mr.Google ke atau buku2 ke.

Semasa anak bongsu Ibu berusia 3 tahun, dia bertanya kepada daddynya, “Daddy, ngapa api tu panas?” terdiam si daddy nak jawab tak begitu pasti. Daddynya pun jawab, ” Tak pastilah Fia, nanti daddy cari jawapannya.” Seminggu juga daddynya mencari jawapannya, dan akhirnya berjumpa jawapan sainstifik itu.

Point nya, jawaplah sehabis baik dan seiklas mungkin. Jika tidak tahu, cakap tidak tahu dan ajak cari bersama. Cuba fikirkan apakah kebaikan yang akan terjadi bila kita melayan soalan-soalan anak-anak kita dengan baik? Komen di bawah. 🙂 <3

Anak Dua Tahun Suka Sangat Kata ‘NO!NO!NO!’…….Kenapa yer?

ANAK USIA DUA TAHUN SUKA SANGAT KATA ‘NO,NO,NO!’…KENAPA YER…

 

Pada usia 2 tahun begitu, anak suka sangat mengatakan NO, kenapa ya? Tanya seorang Ibu muda. Sudahlah suka kata NO, tak mahu disuap, dipakaikan baju…semua nak buat sendiri…jika tak beri siap lembikkan badan dan campak barang lagi…pening saya Ibu! sambungnya.

Ibu senyum saja. Mana tak senyum sebab bila tengokkan anaknya yang baru 2 tahun tu mengatakan NO, comel sangat. Dia ingat dia hebat sangatlah tu…sekali kita angkat jer dia, NO tak NO…apa yang dia boleh buatkan 🙂

Tapi, kita perlu sabar…mendidik dengan BIJAK dan SABAR itu sangat perlu…susah sekejap sekarang supaya senang pada masa akan datang.

Tentu ramai yang dah tahu kenapa…namun kita beritahu sekali lagi sebab setiap hari kita ada kawan-kawan baru yang join kita…mungkin mereka belum tahu kenapa…so biar Ibu share sekali lagi.

Usia 1.5-3 tahun ni adalah masa anak nak tegapkan keindividuaan mereka. Dalam English nama fasa ini adalah INDIVIDULISATION. Anak-anak nak beritahu dia ada say dan dia ada hak ke atas dirinya. Dia boleh pilih, dia boleh buat sendiri dan sebagainya.

Jalan terbaik walaupun nampak agak susah, adalah izinkan dia buat sendiri dan pilih sendiri. Ini sebenarnya membentuk KEBERTANGGUNGJAWAPAN dalam English- nya kita sebut OWNERSHIP.

Bila seorang anak itu ada rasa kebertanggungjawapan yang tinggi terhadap dirinya, inilah yang membolehkan dia berjaya bila dia besar nanti. Dia melakukan sesuatu bukan kerana terpaksa tetapi kerana mahu menunaikan tanggungjawab!

Ikuti lebih banyak perkongsian Ibu Rose di www.facebook.com/familyguru